Reka Bentuk Pingat Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Diperkenal

pingat sukan olimpik beijing 2022

Pingat Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, China diumumkan sebelum menjelang pembukaannya 99 hari lagi.

Pembukaan Sukan Olimpik Beijing 2022 ini akan bermula pada 4 Febuari 2022 manakala Sukan Paralimpik pula pada 4 Mac 2022.

Reka bentuk pingat Olimpik sering mencerminkan negara tuan rumah dan budayanya. Berdasarkan Jawatankuasa Olimpik, pingat temasya kali ini dinamakan sebagai Tong Xin yang bermaksud together as one.

Terdapat lima cincin Olimpik di bahagian tengah yang dihasilkan berdasarkan jed tradisonal China.

Manakala ukiran pingat pada cincin yang mengelilinginya itu direka mengikut corak tradisi masyarakat Cina.

Di bahagian belakang pula terdapat logo Sukan Beijing 2022 di tengah-tengah beserta tulisan Cina yang terukir di sekelilingnya.

Ukiran yang dihasilkan turut menggambarkan corak ais, salji dan awan.

Khas buat pingat Sukan Paralimpik Musim Sejuk, walaupun reka bentuknya yang sama tetapi terdapat ukiran tulisan Braille pada bahagian hadapan pingat tersebut.

Pingat pada musim ini tidak jauh beza jika dibandingkan dengan pingat Sukan Olimpik Musim Panas Beijing 2008.

Untuk makluman, Beijing merupakan bandar pertama yang menganjurkan sukan olimpik pada musim panas dan musim sejuk.

sukan ompik beijing 2022
Sumber: Twitter @Beijing2022

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca