‘Reborn Rich’ Kini Drama Siri Mini Paling Banyak Ditonton Tahun 2022

Selepas lapan episod (pada waktu artikel ini ditulis), Reborn Rich mencipta fenomena tersendiri dengan menjadi drama bersiri mini yang meraih tontonan tertinggi untuk tahun 2022.

Memetik laporan Kimchi Daily, drama yang diterajui oleh pelakon-pelakon hebat seperti Song Joong-ki, Lee Sung-min dan Shin Hyun-been ini menduduki tempat pertama dalam slot tayangannya pada Ahad lalu.

Episod lapan Reborn Rich yang disiarkan pada 4 Disember lalu berjaya mencapai rating terbaik sepanjang tayangannya iaitu 19.449%.

Sumber: Twitter @soompi

Selain menduduki tempat pertama dalam slot tayangannya, episod lapan Reborn Rich ini turut mengambil alih takhta Extraordinary Attorney Woo sebagai drama siri mini dengan rating tertinggi untuk tahun 2022.

Rekod asal yang dipegang oleh Extraordinary Attorney Woo ialah 17.534%.

Buat anda yang baru mahu menonton drama ini, Reborn Rich mengisahkan bagaimana Yoon Hyun-woo (Joong-ki) telah bekerja seperti ‘hamba’ untuk Kumpulan Soonyang selama lebih 10 tahun.

Hyun-woo kemudiannya dilahirkan semula sebagai Jin Do-joon iaitu cucu bongsu dalam keluarga tersebut.

Sumber: Instagram @hi_songjoongki

Menggunakan kelebihan ini, Hyun-woo memulakan misinya untuk membalas dendam dan mengambil alih syarikat keluarga Kumpulan Soonyang itu.

Nak tahu apa berlaku seterusnya? Anda boleh tonton drama Reborn Rich di aplikasi Viu!

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca