Rebat 20% Untuk Pembayaran Tol Menggunakan Touch ‘N Go eWallet

Berita baik untuk anda yang ingin berjimat. Bagi pengguna Touch ‘n Go yang sudah menghubungkan kad fizikal Touch ‘n Go (TNG) dengan TNG eWallet, anda boleh menikmati rebat sebanyak 20% di tol-tol tertentu dengan penggunaan ciri PayDirect.

Ciri yang dinamakan PayDirect ini membolehkan pengguna untuk menyambung sehingga tiga kad Touch ‘n Go ke aplikasi TNG eWallet untuk membayar tol serta perkhidmatan lain yang menerima kaedah pembayaran tersebut. Seperti biasa, anda hanya perlu pautkan kad Touch ‘n Go apabila membayar tol dan mendapat diskaun 20% ke eWallet.

Promosi ini hanya terhad untuk 10 jumlah perjalanan tol sahaja. Tempoh promosi ini bermula dari 21 Februari sehingga 30 Jun 2019. Jumlah maksimum tambang tol adalah RM3 di mana anda boleh mendapatkan maksimum rebat sebanyak RM0.60 bagi setiap transaksi tol.

Sumber: Wiser.my

Selain itu, promosi ini juga boleh digunakan bagi pengguna Touch ‘n Go RFID. Antara lebuhraya yang menyediakan ciri PayDirect adalah Lebuhraya DUKE, LKSA dan SMART. Dijangka pada akhir tahun ini, pihak Touch ‘n Go akan memperluaskan ciri ini di hampir semua rangkaian lebuh raya di Lembah Klang.

Bagi meningkatkan peluang anda untuk menikmati lebih banyak potongan tol, anda boleh memperkenalkan kepada rakan anda untuk mendaftar Touch ‘n Go eWallet. Setiap pendaftaran yang berjaya, anda akan menerima 5x rebat tol dan maksimum 50x tol dengan promosi ini.

Anda boleh klik link ini untuk mendaftar Touch ‘n Go eWallet bagi mendapatkan rebat tol sebanyak 20%. Jadi apa tunggu lagi. Peluang hanya datang sekali.

Artikel Lain Untuk Di Baca