Rayu Adik Teruskan Hidup, Mesej Terakhir Antara Selebriti K-Pop Goo Hara Dan Abang Didedahkan

Pada awal November lalu, industri hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan kematian seorang lagi selebriti terkenal yakni Goo Hara. Penyanyi dan pelakon berusia 28 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya di Gangnam sebelum disahkan sudah meninggal dunia.

Kini, sebuah mesej antara Goo Hara dan abangnya menerusi aplikasi KaKaoTalk didedahkan kepada umum.

Abang: Abang merayu. Jangan berfikiran yang bukan-bukan dan jangan sakitkan diri. Jaga kesihatan. Suatu hari nanti kau akan berkahwin, mempunyai anak dan hidup bahagia. Bila kau sedang bersedih, menangislah sepuas-puasnya. Abang sayang kau, adik.

Goo Hara: Saya sayang abang! Jangan risau!

Abang: Abang tahu kau sedang bersedih. Abang juga sama-sama berduka. Jangan lupa makan banyak makanan sedap di Jepun.

Mesej terakhir antara seorang abang dan adik itu meruntun jiwa orang ramai. Ada yang beranggapan, perbualan itu berlaku hanya beberapa jam selepas Choi Sulli, seorang lagi selebriti K-Pop yang juga merupakan teman baik Goo Hara disahkan meninggal dunia.

Selebriti K-Pop, Goo Hara dilahirkan pada 13 Januari 1991 di Gwangju, Korea Selatan. Hara menyertai kumpulan penyanyi wanita KARA pada tahun 2008 sehinggalah perpecahan kumpulan itu pada tahun 2016.

Hara memulakan karier lakonannya pada tahun 2011 selepas dia muncul di dalam drama bersiri City Hunter terbitan SBS.

Pada 24 November lalu, Goo Hara ditemui sudah meninggal dunia di rumahnya. Punca kematian dipercayai akibat mangsa telah membunuh dirinya hanya sebulan selepas rakan baiknya, Choi Sulli mengambil nyawanya sendiri ekoran daripada masalah depresi yang teruk.

Upacara pengebumian selebriti ini dilakukan secara bertutup di Severance Hospital, Gangnam yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat. Sementara itu, sebuah majlis memperingati Hara buat para peminatnya pula dianjurkan pada 25 sehingga 26 November.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca