Rawat Luka Anda Dengan Baik, Elakkan Jangkitan Tetanus

Penulis pasti semua orang pernah mengalami kecederaan sama ada ringan ataupun parah. Oleh itu, setiap luka yang dialami haruslah dirawat dengan betul bagi mengelakkan jangkitan kuman. Kegagalan merawat luka anda dengan betul boleh menyebabkan anda mengalami jangkitan penyakit Tetanus.

Baru-baru ini viral di media sosial tentang suatu air kopi yang popular di Penang. Dikenali sebagai Tin Kopi Penang, air ini mula tular selepas menggunakan tin bagi menggantikan cawan  plastik. Namun orang ramai mula mempersoalkan tentang kebersihan dan yang lebih penting, bahaya akan dijangkiti Tetanus.

 

Foto: Twitter

 

Apa Itu Tetanus? 

Tetanus adalah penyakit bakteria yang serius yang menjejaskan sistem saraf anda, yang membawa kepada kontraksi otot yang menyakitkan, terutamanya otot rahang dan leher anda. Tetanus boleh mengganggu keupayaan anda untuk bernafas dan boleh mengancam nyawa anda. Tetanus biasanya dikenali sebagai “lockjaw.”

Harus diketahui bahawa tiada rawatan bagi Tetanus. Sebaliknya hanya langkah pencegahan dapat diambil untuk mengelakkan penyakit berkenaan.

 Gejala-Gejala Tetanus

Tanda-tanda dan gejala tetanus muncul pada bila-bila masa dari beberapa hari hingga beberapa minggu selepas bakteria tetanus memasuki badan anda melalui luka. Tempoh inkubasi purata ialah tujuh hingga 10 hari. Antara tanda-tanda Tetanus ialah: 

  •  Kesukaran menelan 
  •  Demam Berkeringat
  • Tekanan darah tinggi
  • Kadar denyutan jantung cepat

 

 

Sekiranya toksin tetanus terikat kepada pengakhiran saraf anda, mustahil untuk dikeluarkan. Pemulihan lengkap dari jangkitan tetanus memerlukan pertumbuhan saraf baru untuk berkembang, yang boleh mengambil masa sehingga beberapa bulan.

Sekiranya tdak dirawat, jangkitan Tetanus boleh menyebabkan patah tulang, paru-paru tersumbat atau paling parah, kematian.

Cara Mengelakkan Tetanus

Bagi mengelakkan anda dijangkiti bakteria Tetanus, pastikan anda atau anak anda telah diberikan suntikan vaksin semenjak mereka masih kecil lagi.

 

Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat.

Artikel Lain Untuk Di Baca