Ratusan Saintis Dakwa Temui Bukti COVID-19 Boleh Tersebar Menerusi Udara

Ratusan saintis mendakwa mereka telah menemui bukti koronavirus SARS-CoV-2 dalam partikel kecil di udara yang boleh menjangkiti manusia.

Penemuan ini sama sekali bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang sebelum ini mendakwa virus punca penyakit COVID-19 itu hanya boleh merebak dari individu ke individu lain menerusi titisan cecair badan dari hidung atau mulut dan bukannya menerusi udara.

Menurut WHO, virus tersebut cuma akan tersebar sekiranya individu yang dijangkiti batuk, bersin atau bercakap.

Namun dalam dapatan terbaharu ini, 239 saintis dari 32 negara menunjukkan penemuan sebaliknya dan mendesak agar WHO menyemak semula kenyataan tersebut.

Menurut laporan media tempatan, hasil kajian para saintis itu akan diterbitkan dalam jurnal saintifik pada minggu depan.

Setakat ini, WHO masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan.

Untuk rekod, agensi itu sebelum ini memaklumkan dakwaan COVID-19 merebak menerusi udara adalah sesuatu yang tidak meyakinkan.

Dalam pada itu, kami ada berkongsi artikel berkenaan kajian saintifik terbaharu yang menemui bukti kukuh bahawa terdapat varian terbaharu melibatkan virus COVID-19 dan ia telah tersebar dari Eropah ke Amerika Syarikat. Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca