Ratusan Penunjuk Perasaan Bantah Kaedah Kerajaan Nepal Atasi COVID-19

Polis Nepal menahan 10 orang, termasuk tujuh warga asing ketika demonstrasi yang dijalankan untuk membantah cara kerajaan negara itu menangani krisis COVID-19. Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di Kathmandu untuk melakukan protes itu.

Negara itu mula melaksanakan perintah berkurung pada bulan Mac selepas dua kes jangkitan disahkan.

Tetapi, jumlah jangkitan di Nepal terus meningkat dan sehingga kini telah mencatatkan sebanyak 5,062 kes jangkitan dengan 16 kematian.

Penunjuk perasaan mendakwa kerajaan tidak serius dalam usaha untuk atasi wabak berkenaan. Polis berkata hampir 1,000 orang berkumpul di beberapa jalan utama di Kathmandu pada hari ketiga bantahan.

“Warga asing itu ditahan kerana mencampuri urusan dalaman negara,” kata jurucakap polis iaitu Basant Lama.

Pada awal minggu ini, polis terpaksa menggunakan tuduhan tongkat, meriam air dan gas pemedih mata untuk membuatkan penunjuk perasaan yang berkumpul berdekatan kediaman perdana menteri itu bersurai.

Penunjuk perasaan menuntut hak kemudahan kuarantin yang lebih baik, lebih banyak ujian dilakukan dan lebih telus dalam urusan pembelian bekalan perubatan.

“Fasiliti kuarantin kekurangan bekalan air, sanitasi dan tidak selamat. Ia kini menjadi pusat penyebaran virus,” kata seorang penunjuk perasaan, Ramesh Pradhan.

Kerajaan Nepal mengatakan telah membelanjakan sebanyak AS$89 juta untuk memerangi COVID-19 di negara itu, dengan kira-kira 310,000 ujian telah dijalankan serta telah mengkuarantinkan seramai 158,000 individu.

Namun, banyak pihak termasuk golongan aktivis berpendapat ia tidak mencukupi untuk negara yang mempunyai populasi 30 juta orang itu.

Untuk baca artikel lain berkenaan penunjuk perasaan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca