Ratusan Beruang Koala Mati Terbakar Dalam Kebakaran Hutan Di Australia

Sekurang-kurangnya tiga mangsa dilaporkan maut manakala 30 lagi cedera dan ada yang gagal dikesan dalam kebakaran hutan yang melanda New South Wales dan Queensland, Australia bermula Jumaat lalu.

Insiden itu bukan sahaja mengancam nyawa penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda, tetapi ia turut mengorbankan ratusan beruang koala.

Menurut laporan The Guardian, situasi itu menyebabkan sebanyak 150 buah rumah di New South Wales hangus terbakar.

Difahamkan, api telah merebak sehingga ke 72 titik panas di New South Wales manakala di Queensland pula, terdapat kira-kira 51 titik panas.

Dalam pada itu, The Sydney Morning Herald melaporkan bahawa sekitar 350 ekor beruang koala di Lake Innes Nature Reserve turut terkorban.

Menurut Presiden Konservasi Koala Australia iaitu Sue Ashton, hanya 16 ekor beruang koala sahaja yang berjaya diselamatkan setakat ini.

Tragedi kebakaran hutan itu disifatkan sebagai yang terbesar pernah berlaku di Australia.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca