Ratu Elizabeth II Mangkat, Putera Charles Dinobatkan Raja Charles Ke-3

Ratu Elizabeth II merupakan monarki paling lama berkhidmat dalam sejarah British telah mangkat pada usia 96 tahun.

Pengumuman itu dikeluarkan sendiri dari Istana Buckingham dalam satu kenyataan ringkas mengenai kemangkatan Ratu Elizabeth II dan menetapkan 10 hari untuk berkabung.

Sumber; BBC

Melalui pengumuman itu, bendera di seluruh United Kingdom dan 15 Alam Komanwel di mana Ratu Elizabeth II menjadi ketua negara diturunkan separuh tiang.

Putera tertua dalam kalangan empat anak Ratu Elizabeth II iaitu Putera Charles telah dinobatkan sebagai Raja Charles III serta-merta selepas kemangkatan ibundanya.

Sumber: BBC

Pada tahun 1969, Ratu Elizabeth II menobatkan anaknya Charles sebagai Putera Wales di Istana Caernarfon .

Menerusi ucapan pertama Raja Charles, baginda menyifatkan kemangkatan Ratu Elizabeth adalah saat paling sedih untuk seluruh ahli keluarganya.

Sumber: BBC

Malah pemimpin di seluruh dunia turut memberi penghormatan terakhir dengan menzahirkan ucapan takziah terhadap pemergian Ratu Elizabeth II yang memerintah selama 70 tahun.

Liz Truss iaitu Perdana Menteri Britain yang baharu di mana tiga hari lalu telah mengangkat sumpah jawatan tersebut juga meratapi pemergian baginda.

Selain daripada itu, Istana Buckingam dibanjiri dengan ratusan bunga dan lilin yang dinyalakan oleh rakyat negara sebagai penghormatan terakhir pemergian Ratu Elizabeth II.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca