Ratu Elizabeth Bayar RM20,000 Sebulan Urus Media Sosial

Media sosial digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Kerabat diraja tidak terkecuali.

Buktinya, Raja Permaisuri Agong iaitu Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sendiri merupakan seorang pengguna aktif di laman Twitter!

Namun, ini merupakan berita baik kepada para pembaca yang gemar menghabiskan masa terluang dengan melayari internet!

Dilaporkan bahawa Istana Buckingham di England menawarkan gaji yang cukup tinggi untuk mengendalikan laman sosial mereka.

Sumber: Twitter

Berbalik kepada tawaran sebagai Ketua Jabatan Digital untuk kerabat diraja Britain, ia terbuka kepada setiap individu yang berkelayakan dengan gaji antara £45,000 (RM242,625) hingga £50,000 (RM269,583) setahun!

Dalam erti kata lain, pegawai media sosial itu boleh bekerja secara dekat dengan Ratu Elizabeth. Menarik, bukan?

Menurut iklan yang dipaparkan di laman LinkedIn, mereka yang terpilih akan menerima bayaran sekurang-kurangnya RM20,000 sebulan.

Sudahkah kami menarik perhatian anda dengan tawaran ini? Berikut kami kongsikan kelayakan yang diperlukan untuk memperoleh jawatan tersebut!

Salah satu kelayakan yang diperlukan untuk memperoleh pekerjaan tersebut ialah individu itu perlu mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dalam komunikasi digital.

Selain itu, individu tersebut merupakan seorang yang kreatif dan mempunyai pengalaman dalam mengendalikan laman media sosial berprofil tinggi untuk mana-mana individu atau organisasi.

Di samping itu, pekerja berkenaan akan terima faedah lain seperti cuti tahunan sebanyak 33 hari setahun, skim pencen dan makan tengah hari percuma!

Dalam pada itu, akaun media sosial keluarga diraja England itu sudah mempunyai tujuh juta pengikut di Instagram, kira-kira lima juta pengikut di Facebook dan 4.1 juta pengikut di Twitter.

Sudahkah anda menepati semua kelayakan tersebut?

Baca lagi artikel berkaitan dengan kerabat diraja menerusi pautan di bawah.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca