‘Rate’ Nasi Lemak 0/10, Wartawan UK Ini Terima Kecaman Warganet

Nasi lemak merupakan antara salah satu makanan yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Namun, siapa sangka hidangan ini mampu untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Baru-baru ini, seorang wartawan dari United Kingdom menerima hentaman hebat dari warganet Malaysia susulan perkongsian pengalamannya semasa menaiki sebuah penerbangan di laman Twitternya pada Rabu lalu.

Wartawan Telegraph terbabit yang dikenali sebagai Katie Morlie menulis di akaun Twitter miliknya bahawa dia telah dihidangkan nasi lemak semasa penerbangannya yang mengambil masa 13 jam.

Walau bagaimanapun, hidangan berkenaan tidak menepati cita rasa Katie sehingga wanita itu memberikan rating yang sangat rendah kepada makanan tersebut iaitu 0/10.

Ciapan tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai pengguna media sosial dan mereka mula menyatakan bahawa makanan yang dihidangkan di dalam pesawat itu sebenarnya amat sedap.

Berikut merupakan antara respon-respon pengguna media sosial.

Meskipun begitu, terdapat beberapa pengguna media sosial warga tempatan yang rata-ratanya tersinggung dengan ciapan Katie yang dikatakan seperti tidak menghormati budaya lain.

Berikut merupakan komentar-komentar tersebut.

https://twitter.com/amarshafie/status/1217796690800889856?s=20

Jadi, apakah pendapat anda mengenai isu ini?

Untuk membaca artikel lain berkaitan makanan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca