“Rasa Macam Ayam”, Wartawan Muslim Ini Diberi Peluang Rasa Daging Khinzir Versi Halal

Semakin berubahnya zaman, semakin banyak benda baru yang dihasilkan oleh manusia. Boleh dikatakan, pada masa kini, benda yang dahulunya kita fikir tidak boleh dicipta, tetapi kini manusia yang berjaya menciptanya.

Sebuah syarikat produk makanan yang beroperasi di Redwood City, California telah berjaya mencipta patty daging kinzir yang mempunyai bau dan aroma sama seperti daging khinzir sebenar dan ia dikatakan halal.

Syarikat yang lebih dikenali sebagai Impossible Food itu menghasilkan daging berperisa khinzir tapi tidak menggunakan daging khinzir langsung.

Protein utama patty ini adalah berasal dari soya, dan sumber utama ialah minyak bunga matahari dan minyak kelapa.

Namun, mereka juga meletakkan asid amino, vitamin, gula dan sebatian yang boleh dijumpai dalam organisma hidup serta campuran bahan kimia bagi menghasilkan rasa dan aroma seperti daging asal.

Ini adalah rupa patty itu semasa ia masih lagi mentah.

Namun begitu, seorang wartawan wanita muslim yang dikenali sebagai Abrar Al-Heeti telah diberi peluang untuk merasai sendiri hidangan Banh Mi Khinzir.

Banh Mi atau nama lainnya roti dihidang bersama-sama daging khinzir bagi mendapatkan maklum balas daripada Abrar.

Walaupun di dalam komennya Abrar seakan-akan menyesal setelah mencubanya namun makanan yang dicipta oleh Food Impossible itu sememangnya bebas daripada hormon haiwan dan antibiotik daripada haiwan.

Untuk baca artikel yang berkaitan daging khinzir, sila klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca