Rasa Keadaan Luar Rumah Tak Selamat, Ini 10 Jenis Fobia Yang Banyak Dialami Di Dunia

Fobia merupakan salah satu jenis penyakit mental yang paling biasa dialami di dunia ini. Mengikut statistik, kira-kira sembilan sehingga 18 peratus penduduk di Amerika Syarikat dipercayai menderita lebih daripada satu fobia.

Berikut merupakan 10 jenis fobia yang paling banyak dialami oleh masyarakat di dunia.

1. Mysophobia

Merupakan jenis fobia di mana penderitanya sangat takut pada pencemaran bakteria dan kuman, mysophobia turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti bacteriophobia dan germophobia.

Penghidap mysophobia biasanya dapat dikategorikan melalui mangsanya yang sering mencuci tangan. Malah, jika fobia berkenaan sangat teruk, seseorang pesakit itu mampu mempunyai satu koleksi penyahjangkit hanya untuk membersihkan tangan mereka.

2. Agoraphobia

Agoraphobia merupakan sejenis anxiety yang membuatkan mangsanya beranggapan keadaan persekitaran di luar rumah mereka sebagai tidak selamat. Pesakit berkemungkinan mempunyai ketakutan yang teramat untuk pergi ke kawasan umum seperti pusat beli belah atau mana-mana kawasan terbuka.

Berlaku disebabkan faktor genetik dan persekitaraan, pesakit Agoraphobia biasannya akan mengelak pergi ke kawasan yang dirasakan tidak selamat. Malah, sesetengah kes fobia yang kronik menyebabkan pesakitnya tidak mampu meninggalkan rumah sendiri kerana bimbang seseorang akan mencederakannya.

3. Social anxiety disorder

Social anxiety disorder adalah satu penyakit di mana pesakitnya mempunyai ketakutan yang teramat untuk berada di dalam majlis atau keadaan sosial.

Individu yang mengalami masalah ini memounyai tahap malu yang teramat tinggi sehingga menyebabkan mereka takut untuk memulakan perbualan dengan orang asing.

Pada kebiasaannya, pesakit yang mengalami fobia ini akan menjadi gagap, berpeluh-peluh, mual dan mengigil apabila berada di tempat sosial. Bagi kes yang teruk pula, mangsa mampu mengalami panic attack.

4. Trypanophobia

Trypanophobia merujuk kepada ketakutan yang melampau pada prosedur perubatan yang melibatkan jarum. Individu yang mengalami fobia ini sanggup menahan sakit daripada mengunjungi doktor demi mengelak disuntik atau diambil sampel darahnya.

Menurut statistik, sebanyak 10 peratus rakyat Amerika dewasa menderita fobia ini sehingga ada di antara mereka yang mampu pengsan apabila melihat jarum.

5. Astraphobia

Turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti brontophobia dan tonitrophobia, astraphobia adalah sejenis ketakutan melampau pada kilat dan petir.

Mengikut kajian, astraphobia bukan sahaja dialami oleh manusia, malah, turut dihadapi oleh beberapa spesies haiwan seperti anjing dan kucing.

Meskipun ancaman petir atau kilat itu sedikit, pesakit kronik mampu untuk menangis, berpeluh dan harus segera ke tandas.

6. Cynophobia

Merupakan sejenis fobia terhadap anjing, pesakit kebiasannya mampu untuk menjerit ketakutan hanya dengan melihat gambar haiwan berkenaan.

Menurut kajian, kaum wanita lebih banyak mengalami cynophobia dan selalunya ketakutan ini terjadi apabila mangsa pernah mengalami pengalaman buruk seperti digigit atau dikejar anjing semasa kecil.

7. Aerophobia

Aerophobia merupakan ketakutan yang melampau untuk terbang. Pesakit yang mengalami fobia ini selalunya akan berasa gelisah hanya dengan berfikir mengenai keberadaan mereka di dalam sebuah kapal terbang atau helikopter.

Meskipun fobia ini mampu dihapuskan dengan penggunaan pengangkutan udara yang kerap, sejenis terapi yang dikenali sebagai Cognitive Behavioral Theraphy turut digunakan.

8. Acrophobia

Merupakan fobia terhadap ketinggian, individu yang mengalami masalah ini akan berasa gelisah saat berada di tempat yang tinggi meskipun ia hanya kelihatan biasa bagi orang lain.

Apabila berada di kawasan tinggi, pesakit selalunya akna mula berpeluh dan mungkin pengsan. Ubat-ubatan seperti anti-depressant boleh diberikan untuk mengurangkan ketakutan ini.

9. Ophidiophobia

Ophidiophobia merupakan ketakutan terhadap ular. Fobia ini merupakan antara yang paling kerap dialami oleh masyarakat di seluruh dunia.

Berdasarkan kajian, saintis membuat kesimpulan bahawa satu per tiga daripada manusia di dunia mengalami fobia ini. Mereka bukan sahaja takut melihat ular hidup, malah, mampu mengigil saat melihat video berkaitan reptilia itu.

10. Arachnophobia

Arachnophobia ialah ketakutan yang teramat kepada labah-labah atau araknid seperti kala jengking.

Turut merupakan antara fobia yang paling banyak dilami di seluruh dunia, mangsa selalunya akan menangis atau menjerit apabila terlihat sebarang labah-labah atau araknid lain. Malah, terdapat beberapa kes kronik di mana pesakit sanggup membakar rumah sendiri untuk menghapuskan haiwan itu.

Jadi, apakah pendapat anda? Adakah mana-mana fobia ini turut dialami oleh anda?

Untuk membaca artikel lain berkaitan fobia, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca