Sebuah tapak pelupusan mercun di Sentul Work, Kuala Lumpur dilaporkan terbakar akibat letupan kuat pada 6.30 petang 26 April 2022.
Memetik laporan The Star, pasukan polis Sentul telah merampas 1,059 kotak dan 35 guni mercun yang dianggarkan berharga RM4.17 juta pada bulan Mac lalu.
Jabatan Polis Sentul telah menjemput pihak media dan pihak berita untuk melapor tentang pelupusan mercun tersebut. Jabatan Bomba juga hadir dan bersiap sedia untuk mematikan api jikalau ia meletup sewaktu sesi pelupusan.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengatakan bahawa kemudahan simpanan barang bukti polis tersebut terbakar selepas polis selesai dengan proses pelupusan mercun.
A line of cars in Sentul are currently on fire due to fireworks explosion. The explosion was so loud The Fennel was literally shaking! pic.twitter.com/CiIr0FWGgr
— Acxp ✨ (@xnxthxrmxthxr95) April 26, 2022
Letupan tersebut dapat dirasai ramai dan beberapa rakaman tular di media sosial sewaktu kejadian itu berlaku. Ada rakaman yang menunjukkan pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan untuk melihat sumber bunyi dentuman mercun itu.
Ada pula yang berkongsi rasa takut kerana rasa gegaran susulan letupan kuat mercun tersebut.
An explosion has occurred at a former police barracks in Sentul.
— BFM News (@NewsBFM) April 26, 2022
Residents nearby say the place had been used by police to store items that were seized during raids.
The Fire Department and the police are now at the scene. pic.twitter.com/FhHGVD9UJY
Mengikut ciapan Twitter BFM News, terdapat tiga mangsa lelaki yang mengalami kecederaan ringan berdekatan berek polis lama di situ. Mujurnya, mereka telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.
Selain itu, 50 kenderaan yang diletakkan berhampiran turut mengalami kerosakan dalam kejadian terbabit.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: