Rapid KL Akan Beroperasi Secara Normal Tanpa Penjarakan Sosial Mulai Esok

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Rapid KL mengumumkan perkhidmatan rel mereka tidak lagi mengamalkan penjarakan sosial mulai esok (10 Jun 2020).

Memetik laporan Berita Harian, keputusan untuk menamatkan peraturan penjarakan sosial di dalam kereta api dan stesen itu adalah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Pengarah Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd iaitu Abdul Halim Amran berkata langkah itu adalah sejajar dengan prosedur kendalian standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan untuk PKPP.

“Bermula esok, perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, LRT Ampang/Sri Petaling, Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh – Kajang dan Laluan Monorel dikendalikan Rapid Rail akan menamatkan arahan penjarakan sosial di dalam tren.

group of people riding train
*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Tanda-tanda penjarakan sosial di dalam tren dan stesen sudah pun dikeluarkan namun prosedur keselamatan dan kesihatan sedia ada akan diteruskan,” ujarnya.

Sementara itu, Abdul Halim turut berharap semua pengguna akan mendisiplinkan diri untuk mematuhi norma baharu dalam penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam bagi memastikan usaha gigih membendung penularan COVID-19 terus berkesan.

“Prosedur keselamatan dan kesihatan untuk menggunakan perkhidmatan rel adalah pengambilan suhu pekerja dan penumpang. Pekerja atau penumpang yang mempunyai suhu melebihi 37.5 darjah Celsius tidak akan dibenarkan masuk ke dalam pengangkutan awam.

woman in black hijab and orange jacket

Selain itu, pemakaian pelitup muka adalah wajib kepada semua pekerja dan penumpang semasa berada di dalam pengangkutan awam termasuk penggunaan cecair pembasmi kuman,” tambahnya.

Pada pendapat anda, adakah ia merupakan satu tindakan yang wajar?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan PKPP, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca