Rangkul Gelaran Naib Juara, ‘Gamer’ Malaysia Kongsi Ganjaran RM21.7 Juta

Sekali lagi gamer Malaysia telah mengharumkan nama negara dalam kejohanan The International 2021 Dota 2 di Bucharest, Romania. Cheng Jin Xiang berumur 20 tahun atau lebih dikenali sebagai NothingToSay berkongsi hadiah kemenangan naib juara berjumlah AS$5.2 juta (RM21.7 juta).

Wang kemenangan ini akan dikongsi bersama empat pemain pasukannya yang berpangkalan di China, PSG.LGD. Pasukan ini sudah terkenal dalam persaingan DOTA 2 kerana telah bertanding dalam sembilan kejohanan TI pada masa lalu.

Tambahan pula, banyak penganalisis dan bekas juara kejohanan TI sudah menjangkakan bahawa pasukan ini mampu melangkah ke peringkat akhir serta menempa kemenangan.

PSGLGD naib juara
Sumber: Twitter @PSGLGD_

Pada saingan The International 2021 Dota 2 itu, terdapat juga empat rakyat Malaysia di dalam pasukan lain.

Dua daripadanya ialah Thiay Jun Wen (JT-) dan Chan Chon Kien (Oli) yang bersaing dalam pasukan yang berpangkalan di China, Invictus Gaming. Pasukan mereka menduduki tempat keempat serta memenangi AS$2.4 juta (RM10 juta).

Dua lagi pemain ialah Ng Kee Chyuan dan David Tan Boon Yang. Ng Kee Chyuan (Chyuan) yang merupakan anggota pasukan Fnatic menduduki tangga kesembilan dan beliau memenangi RM3.3 juta.

Syabas dan tahniah kepada Cheng Jin Xiang kerana telah berada di tempat kedua dalam kejohanan eSports terbesar di dunia serta pemain Malaysia yang lain.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca