Ramuan Air Kencing Lembu Dipercayai Mampu Mencegah COVID-19

Ketika kerajaan di seluruh dunia sedang mencari penawar atau vaksin untuk virus COVID-19, sekumpulan penganut Hindu di New Delhi menganjurkan acara minum air kencing lembu kerana ianya dipercayai mampu menghalang virus berkenaan. Mereka juga percaya bahawa lembu merupakan binatang yang suci dan air kencingnya mempunyai kelebihan dalam perubatan.

Acara oleh kumpulan yang dikenali sebagai Akhil Bharat Hindu Mahasabha (Kesatuan Hindu India) beribu pejabat di ibu kota itu, dihadiri seramai 200 orang malah penganjur tersebut berharap acara sama akan turut diadakan di tempat lain juga.

Menurut Om Prakash, salah seorang yang hadir di acara berkenaan menyatakan bahawa mereka tidak perlukan ubat dari barat kerana sudah 21 tahun mereka minum air kencing lembu. Mereka juga mandi dengan menggunakan najis lembu.

Pemimpin dari parti nasionalis Hindu, Perdana Menteri, Narendra Modi turut menyokong penggunaan air kencing lembu sebagai ubat dan mengubati kanser.

Selain itu, pemimpin dari bahagian timur India, Assam turut memberitahu kepada penggubal undang-undang negeri pada satu sesi perhimpunan bulanan bahawa kencing serta kotoran lembu dapat digunakan untuk merawat COVID-19.

Walau bagaimanapun, pakar kesihatan berulang kali menegaskan bahawa air kencing lembu tidak mampu merawat penyakit barah, apatah lagi tiada bukti ianya mampu mencegah COVID-19.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca