Rampasan Dadah Meningkat 103 Peratus Tahun Lalu, 27,959 Kilogram Dadah Berjaya Dirampas

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan bahawa rampasan dadah mencatatkan peningkatan sebanyak 103 peratus pada tahun lalu berbanding tahun 2020.

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di seluruh negara pada waktu itu, rampasan dadah pada tahun 2021 mencatatkan kenaikan ketara berbanding tahun 2020.

2021 mencatatkan peningkatan rampasan dadah sebanyak 103 peratus berbanding 2020.

Pada 2021, sebanyak 27,959 kilogram dadah bernilai RM951.69 juta telah dirampas berbanding 13,317 kilogram dadah bernilai  RM403.45 juta pada tahun sebelumnya. Dilaporkan, antara jenis dadah yang dirampas ialah syabu, ephedrine dan ganja.

“Rampasan melibatkan syabu sebanyak 7,919 kilogram, ephedrine sebanyak 5,573 kilogram dan ganja sebanyak 3,232 kilogram.

“Seramai 119, 218 individu turut diberkas dan dikenakan hukuman Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam hantaran itu.

Manakala dalam Op Tapis Khas di seluruh negara yang berjalan sejak dari Jumaat hingga Ahad lalu, seramai 5,200 orang termasuk 76 remaja disyaki penagih dan tokan dadah ditahan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. Sumber: Utusan Malaysia

Menurut Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, dalam operasi bermula dari 21 hingga 23 Januari itu, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah sebanyak 212.6 kilogram dan 1,199.2 liter yang dianggarkan bernilai RM3.5 juta.

Seramai 4,987 lelaki dan 213 wanita ditahan. Daripada jumlah itu dua remaja berusia 13 tahun dan 74 remaja berusia 14 hingga 18 tahun ditahan.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca