Rambut Tidak Boleh Disikat, Kanak-Kanak Ini Menghidap Sindrom Yang Jarang Ditemui

Seorang ibu baru menyedari bayinya yang berusia 10 bulan menghidap sindrom jarang dijumpai selepas memuat naik gambar anak bongsunya itu di Instagram pada musim panas lalu.

Dilaporkan, Katelyn Samples mengetahuinya selepas seorang individu yang tidak dikenali menghantar kiriman mesej kepadanya bertanya sama ada anaknya, Locklan menghidapi Sindrom Rambut Tidak Boleh Disikat (Uncombable Hair Syndrom) atau singkatannya UHS.

Pertanyaan itu lantas membuatkan ibu berusia 33 tahun dari Roswell, Georgia, bimbang.

“Pada mulanya, kamu melihat sindrom dan berasa seperti: adakah ada yang tidak kena dengan bayi saya? Adakah dia sakit atau sesuatu?”

Untuk mendapatkan kepastian, Samples mula mencari maklumat di Internet dan merujuk pakar pediatrik.

Anakanya telah dihantar ke pakar di Hospital Emory di Atlanta dan mereka mengesahkan bahawa Locklan mempunyai keadaan genetik berkenaan yang jarang berlaku serta hanya mempunyai kira-kira 100 kes yang disahkan.

Gangguan genetik itu jarang berlaku dan antara cirinya adalah individu tersebut mempunyai rambut perang yang tidak teratur atau berwarna keemasan.

Rambut yang menonjol dari kulit kepala tidak boleh disikat rata dan sindrom itu kebiasaannya muncul ketika umur kanak-kanak antara tiga ke 12 tahun.

Beberapa pakar peditrik menerangkan bahawa apabila melihat di bawah mikroskop, rambut penghidap sindrom ini bukannya berbentuk silinder namun batang rambut sebenarnya lebih dalam bentuk segi tiga.

Terdapt alur-alur kecil ini yang naik dan turun pada paksi panjang batang rambut menyebabkan ia menjadikannya (rambut) tidak boleh disikat.

Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan, sindrom ini bukanlah sejenis penyakit berbahaya dan ianya belum ada sebarang rawatan setakat ini.

Bagaimanapun, keadaan individu dengan sindrom itu biasanya bertambah baik atau sembuh dengan sendirinya sebaik sahaja mereka mencapai usia akil baligh.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca