Rambut Dipotong Separa Botak, Ibu Tipu Anak Supaya Tidak Keluar Rumah Semasa Pandemik

Taiwan kini sedang dilanda gelombang baru bagi COVID-19 sejak dari bulan Mei yang lalu dan kian hari kes semakin meningkat.

Kuarantin merupakan satu perkara yang sukar dilakukan buat sesetengah orang dan beberapa para ibu bapa turut mengarahkan anak mereka untuk tinggal di rumah sahaja di saat-saat genting seperti ini.

Baru-baru ini, seorang ibu di Kaohsiung telah membawa anak remaja lelakinya yang berusia 15 tahun ke salon rambut untuk memotong rambut anaknya itu.

Ibu remaja itu telah membincang bersama tukang gunting rambut, Huang Ling Xiang tentang potongan rambut yang boleh menghentikan anaknya daripada keluar rumah.

Sumber: Mothership.Sg

Asalnya, mereka bercadang untuk mencukur perkataan ‘COVID-19’ pada rambut anak tersebut tetapi tidak akan berkesan kerana anaknya masih akan keluar rumah untuk menunjukkan stail baru rambutnya.

Huang akhirnya memutuskan untuk mencukur bahagian atas kepala anak remaja itu sehingga kelihatan seperti lelaki tua yang separa botak.

Sumber: Mothership.Sg

Huang telah memuatnaik foto tersebut dalam sebuah hantaran Facebooknya dan pada mula, ramai yang tidak mempercayai bahawa itu adalah seorang anak remaja kerana Huang tidak menunjukkan gambar sebelum rambutnya dicukur.

Menurut Huang, remaja lelaki itu berasa sangat marah dan malu selepas rambutnya dipotong dan memarah ibunya kerana sanggup berbuat demikian kepadanya.

Susulan daripada kejadian tersebut, salon rambut tersebut telah menerima banyak pertanyaan daripada pada para ibu bapa tentang potongan rambut tersebut.

Hasilnya, salon rambut itu menjalankan promosi potongan rambut percuma yang diberi nama ‘Pencegahan COVID-19’ kepada remaja berumur antara 12 tahun hingga 15 tahun yang sukar untuk duduk di rumah.

Sumber: Mothership.Sg

Reaksi orang ramai di Taiwan kebanyakannya menyebelahi keputusan ibu dan tukang potong rambut tersebut tetapi ada sesetengah komen yang mengatakan bahawa perkara tersebut ialah penderaan dan agak berlebihan.

Salah satu komen yang menangkap perhatian orang ramai di tengah-tengah perbincangan itu mengatakan bahawa rambut boleh tumbuh tetapi pandemik adalah sesuatu yang tidak dapat dikawal.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca