Ramalan Tentang 5 Gaya Dan Fesyen Yang Bakal ‘Boom’ Pada Tahun 2020

Pernah anda terfikir gerangan yang menata rias gaya pemakaian di sebalik nama selebriti terkenal tanah air seperti Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Neelofa, Scha Alyahya, Remy Ishak dan lain-lain lagi?

Siapa lagi kalau bukan Min Luna. Beliau merupakan salah seorang figura usia 35 tahun paling penting di sebalik fesyen selebriti yang menjadi trendy dalam kalangan masyarakat.

Memandangkan tahun 2020 bakal tiba, penulis kongsikan 5 gaya dan penampilan fesyen yang diramalkan menjadi trending oleh pereka fesyen Min Luna:

1. Polka Dot

Polka dot sememangnya pernah menjadi antara ribuan motif yang popular. Bahkan, ia menjadi trending dalam dunia sekitar tahun 50-an dan 60-an.

Reka corak klasik yang kelihatan segar dan ceria pastinya mampu mengembalikan kegilaan memori retro.

Bagi individu bertubuh kecil, anda digalakkan menggayakan motif polka dot dengan bulatan besar. Sebaliknya, jika individu berbadan gempal, anda dinasihatkan untuk mengenakan polka dot bersaiz kecil.

2. Ruflles and Tiers

Berdasarkan laporan media mStar, Ruflles bertingkat berfungsi menyembunyikan bahagian bermasalah di sekeliling perut anda.

Selain menjadikan si pemakai kelihatan flowy, skirt bertingkat semestinya membuatkan anda kelihatan lebih langsing dan tinggi.

3. Neon dan Splash

Pasti ada antara pembaca yang gemar mengenakan warna-warna terang. Tahukah anda? Penggayaan outfit berwarna biru elektrik, pink, kuning atau hijau muda mampu mempengaruhi emosi anda untuk jadi lebih baik dan ceria.

4. Electric Leather

Sebenarnya, tidak menjadi suatu masalah besar untuk anda memakai pakaian kulit berwarna neon di Malaysia.

Ini kerana, material atau fabriknya bersifat sintetik dan breathable. Jadi, apa tunggu lagi? Cubalah segera!

5. Suits

Mengenakan suits pada tubuh badan anda semestinya akan menampakkan presentable dan profesional.

Malahan, penata fesyen terkenal, Min Luna turut mengesyorkan anda supaya memiliki sekurangnya-kurangnya sepasang suits untuk dijadikan outfit.

Ia bukan sahaja boleh digunakan sewaktu menghadiri acara formal sahaja, malah boleh dipakai semasa bersantai dengan padanan aksesori ringkas agar lebih feminin.

Pembaca mesti berasa tidak sabar bukan untuk menjalani kehidupan pada tahun hadapan? Agak-agak, anda semua sukakan fesyen yang mana satu?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca