Ramalan Sejak 1990 Oleh Steve Jobs Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Tahun ini

Nama Steve Jobs tidak asing lagi semenjak iPhone keluarannya menjadi telefon pintar terkemuka di dunia. Pengasas jenama Apple itu pernah meramal bahawa teknologi Adobe Flash sudah tidak relevan lagi.

Untuk anda yang mungkin belum tahu lagi, Adobe secara rasmi mengumumkan bahawa syarikat itu akan menyekat semua kandungan yang menggunakan Flash Player mulai 1 Januari tahun ini. Ternyata ramalan Steve Jobs itu menjadi realiti.

Sumber: BBC

Tambahan pula, Adobe turut menggesa pengguna untuk membuang Flash Player dari peranti mereka.

Sebelum ini, Facebook dan Mozilla sudah memboikot teknologi Flash dari perkhidmatan mereka pada 2015. Walau bagaimanapun, jauh sebelum itu lagi, Steve Jobs yang merupakan CEO Apple pada masa itu pernah menulis surat kepada Adobe bagi membantah teknologi Flash.

Sumber: Twitter @benschimdt1

Beliau berbuat demikian kerana dia meramalkan bahawa teknologi Flash hanya diciptakan untuk zaman PC dan tidak akan kekal relevan pada masa hadapan dengan teknologi yang akan terarah kepada teknologi pintar.

Menurut Steve Jobs, Flash telah memberi reaksi buruk kepada hayat bateri dan mempunyai masalah keselamatan kepada pengguna. Kenyataan tersebut telah menyebabkan berlakunya perang antara Adobe dan Apple pada 2010 masa itu.

Hujah pengasas Apple itu diperkukuhkan lagi dengan laporan CNN di mana Flash pernah tersenarai ke dalam salah satu rekod keselamatan terburuk pada 2009.

Kini, jenama besar seperti Facebook, Netflix dan Youtube sudah mula mengalihkan video mereka ke telefon pintar tanpa menggunakan teknologi Flash.

Adobe Flash yang pernah menjadi salah satu teknologi paling popular di dunia dan digunakan oleh hampir setiap orang pada suatu ketika dahulu telah pun menemui penghujungnya pada 1 Januari 2021.

Untuk membaca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca