Ramalan Menjadi Kenyataan, Ini Misteri Kematian John Lennon

Pada 8 September 1980, seorang pakar psikik Amerika Syarikat yang bernama Alex Tanous telah ditemu bual oleh Lee Speigel untuk siaran radio NBC.

Temu bual untuk rancangan Unexplained Phenomena itu diadakan di pejabat Persatuan Penyelidikan Psikik Amerika Syarikat, New York City.

Menerusi rancangan itu, Lee meminta Alex membuat ramalan mudah, menarik dan membangkitkan kemarahan pendengar rancangan tersebut yang rata-ratanya peminat muzik rock berusia 18 tahun hingga 35 tahun.

“Seorang bintang rock terkenal akan menemui ajalnya tidak lama lagi. Ia akan berlaku bila-bila masa sahaja.”

“Kematiannya akan memberi kesan yang mendalam kepada ramai orang kerana kemasyhurannya,” ramal Alex.

Semasa membuat ramalan tersebut, Alex merenung ke arah sebuah bangunan mewah yang terletak bertentangan dengan pejabatnya.

Tanpa menyebut nama, Alex hanya memberi gambaran bintang rock tersebut menetap di Amerika namun tidak lahir di negara itu.

Tiada siapa tahu bintang rock yang diramal oleh Alex dalam temu bual itu.

Tiga bulan selepas temu bual tersebut disiarkan, dunia dikejutkan dengan kematian penyanyi terkenal, John Lennon.

Anggota kumpulan The Beatles itu ditembak mati dari jarak dekat di depan pintu masuk kediamannya, Apartmen Dakota.

Dan itulah bangunan mewah yang direnung Alex semasa membuat ramalan tersebut.

Tiada siapa tahu tentang bagaimana Alex Tanous meramalkan kematian John Lennon, ia masih menjadi misteri.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca