Rakyat Tidak Boleh Senyum, Ini 6 Pantang Larang Di Korea Utara

Korea Utara tidak terkecuali daripada menerapkan beberapa peraturan ketat untuk rakyatnya. Dengan populasi penduduk sekitar 25 juta orang, ketiga-tiga pemerintah negara yang dibentuk selepas Perang Dunia Kedua ini adalah daripada keluarga yang sama sejak tahun 1948.

Kami kongsikan enam pantang larang yang perlu dipatuhi di Korea Utara menerusi artikel ini:

1. Anda tidak boleh tinggalkan Korea Utara tanpa kebenaran pihak kerajaan

Bagi penduduk Korea Utara yang menyimpan hasrat untuk bercuti ke luar negara, mereka wajib mendapatkan kebenaran daripada pihak kerajaan.

Hal ini demikian kerana pengawalan sempadan yang ketat di Korea Utara menyukarkan rakyatnya untuk meninggalkan negara itu.

Walau bagaimanapun, ramai rakyat Korea Utara keluar secara haram dari negara itu untuk ke kem pelarian di Korea Selatan sejak beberapa tahun lalu.

Ada juga yang cuba untuk melarikan diri ke China namun sesiapa yang ditangkap di sana dianggap sebagai pendatang tanpa izin dan segera dihantar pulang ke negara asal.

2. Rakyat tidak dibenarkan untuk senyum pada 8 Julai setiap tahun

8 Julai adalah hari berkabung untuk memperingati pengasas Korea Utara, Kim Il Sung yang menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1994.

Rakyat Korea Utara tidak dibenarkan untuk senyum atau bersuara lantang kerana itu adalah satu tindakan tidak sopan kepada mendiang Kim Il Sung.

Bukan sahaja mereka tidak dibenarkan untuk senyum dan bersuara lantang, kegiatan orang ramai pada hari itu juga dibatasi termasuk pengambilan minuman beralkohol.

3. Rakyat tidak mempunyai kebebasan untuk memilih gaya rambut

Walaupun mitos mengenai semua lelaki perlu mempunyai gaya rambut yang sama dengan KIm Jong-un ini tidak berjaya dibuktikan, Korea Utara benar-benar mempunyai peruntukan khas dalam memilih potongan rambut di negara tersebut.

Sekiranya anda mahu tahu, Kim Jong-un memberikan 18 pilihan gaya rambut untuk wanita dan 10 hairstyle buat para lelaki kepada penduduknya pada tahun 2013.

4. Korea Utara tidak benarkan rakyatnya pilih tempat tinggal

Kerajaan memutuskan kelas sosial dan kesetiaan rakyat bersama negara sebagai faktor yang mempengaruhi tempat tinggal setiap orang. Sekiranya seseorang mahu berpindah ke Pyongyang, mereka perlu mendapat keizinan daripada kerajaan.

5. Potret pemimpin Korea Utara wajib diselamatkan sekiranya berlaku kebakaran

Setiap rumah di Korea Utara wajib mempamerkan gambar Kim Il Sung dan Kim Jong Il iaitu datuk dan bapa Kim Jong-un. Atas sebab itu, penduduk wajib menyelamatkan gambar kedua-dua pemimpin tersebut sekiranya berlaku kebakaran di rumah.

Ada juga yang berkata potret itu perlu menjadi keutamaan rakyat Korea Utara dan bukannya ahli keluarga mereka dalam situasi berkenaan.

Seorang wanita menerima hukuman penjara pada tahun lalu kerana menyelamatkan anaknya terlebih dahulu dan bukannya potret pemimpin Korea Utara.

6. Pilihan raya

Sama seperti negara lain, Korea Utara mengadakan pilihan raya untuk melantik pemerintah negara mereka. Walau bagaimanapun, ia hanya mempunyai satu calon sahaja.

Pada pendapat anda, adakah ‘kebebasan’ dalam membuat pilihan ini merupakan satu tindakan yang adil kepada penduduk Korea Utara?

Anda boleh juga tonton video di bawah sekiranya anda mahu tahu lebih lanjut tentang pantang larang di negara tersebut.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Korea Utara, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca