Rakyat Rusia Beratur Bagi Mendapatkan McDonald’s Buat Kali Terakhir Sebelum Ditutup

Peminat McDonald’s di Rusia telah bergegas ke premis makanan segera terdekat sehingga membentuk barisan panjang untuk satu hidangan terakhir sebelum jenama itu ditutup disebabkan perang yang terjadi di antara Rusia dan Ukraine.

Rakaman video yang disiarkan di media sosial menunjukkan kereta berbaris di stesen pandu lalu. Selain itu, terdapat beberapa pelanggan juga kelihatan berbaris di jalanan ketika cuaca sejuk.

Video tersebut menunjukkan warga Rusia yang terdesak untuk menikmati McDonalds berbaris di sekeliling blok, menunggu di kawasan luar dalam suhu yang sangat sejuk untuk mendapatkan hidangan terakhir dari restoran makanan segera tersebut.

Situasi ini terjadi selepas McDonald’s mengumumkan bahawa jenama itu akan menutup 850 restoran di negara itu sebagai protes terhadap perang di Ukraine.

Tindakan besar-besaran yang akan menyaksikan rakyat Rusia tidak lagi dapat memesan Big Mac dan kentang goreng dalam masa terdekat adalah salah satu sekatan antarabangsa terkini ke atas Rusia.

Restoran akan kekal ditutup sebagai langkah sementara tetapi masih belum diketahui bila McDonald’s akan kembali beroperasi di sana.

Langkah menghentikan operasi perniagaan McDonald’s itu adalah tindakan simbolik sebagai membantah keputusan Rusia untuk meneruskan strategi ketenteraan mereka di negara jirannya itu.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh tekan pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca