Rakyat Negara Ini Terlalu Miskin Sehingga Terpaksa Makan ‘Kek Lumpur’

Sejak dilanda bencana gempa bumi yang besar pada tahun 2010 keadaan ekonomi di negara Haiti semakin buruk sehingga dikenali sebagai antara negara paling miskin.

Press TV dalam laporannya menyebut terdapat rakyat Haiti yang terlalu miskin sehingga memaksa mereka memakan kek yang dibuat daripada lumpur kering.

“Lumpur ini juga kami gunakan untuk buat pinggan, rantai, sabun, krim dan serbuk bedak,” kata seorang warga Haiti yang ditemu ramah Press TV.

Kek lumpur berkenaan juga sering dijadikan ubat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit oleh orang tempatan.

Laporan Program Makanan Sedunia (WFP) pada 2013 menyatakan kek lumpur berkenaan dicampur dengan beberapa mineral seperti garam dan air menjadi makanan berubat yang sering dijamah penduduk tempatan.

“Mereka memakannya seperti anda makan roti, bagi mereka ia sama sahaja,” Lesly Guillaume jurucakap WHP Haiti.6

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca