Rakyat Malaysia Tidak Dibenarkan Ulang-Alik Bekerja Di Singapura dan Thailand – Imigresen

Semalam Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan untuk menangani wabak koronavirus (COVID-19) bermula dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 di seluruh negara.

Perintah ini kuat kuasa mulai esok dan persoalan mengenai larangan keluar negara melibatkan Singapura dan Thailand telah dijawab oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

“Larangan keluar negara ke atas warganegara Malaysia sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah termasuk mereka yang berulang-alik bekerja di Singapura dan Thailand berkuat kuasa mulai 18 Mac ini sehingga 31 Mac 2020,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Untuk rekod, Perintah Kawalan ini mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Diharapkan rakyat Malaysia dapat mematuhi perintah yang dikenakan oleh kerajaan dan memberi kerjasama sepenuhnya untuk membendung masalah COVID-19 ini.

Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca