Rakyat Malaysia Masih Berkumpul Di Kedai Makan Meski Perintah Kawalan Pergerakan Dikeluarkan

Sungguh menyedihkan apabila sesetengah rakyat Malaysia masih tidak memahami rasional di sebalik Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dua hari lalu.

Meskipun perintah berkenaan sudah berkuatkuasa pada hari ini, segelintir masyarakat masih dapat dilihat berkumpul beramai-ramai untuk membeli makanan dan meluangkan masa di kedai-kedai makan.

Hal ini sekali gus mengalahkan tujuan utama mengapa perintah berkenaan dikeluarkan iaitu untuk membendung penularan wabak Koronavirus baharu (COVID-19) yang kian membimbangkan.

Setakat semalam, dua kematian sudah dilaporkan di negara ini yang melibatkan seorang paderi di Kuching, Sarawak yang berusia 60 tahun dan seorang lelaki berusia 34 tahun di Johor.

Di sebuah kedai makan di Penang, kelihatan ramai pelanggan sedang menunggu pesanan mereka manakala, sebahagian yang lain sibuk bersembang mengenai perintah kawalan yang diumumkan perdana menteri.

Hasil tinjauan turut mendapati sesetengah pelanggan telah menemui cara untuk makan di gerai dengan menuangkan air yang dibungkus ke dalam cawan.

“Perniagaan saya tidak dibuka hari ini. Saya hanya di sini untuk melihat keadaan,” ujar seorang individu yang berada di situ namun enggan identitinya didedahkan.

Selain itu, ramai pelanggan turut dikesan beratur di kedai makan kerana beberapa perniagaan sudah tidak meletakkan meja dan kerusi.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca