Rakyat Malaysia Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Tahanan Di Thailand

Seorang rakyat Malaysia ditemui dalam keadaan tidak bernyawa ketika dalam tahanan polis di Samut Prakan, selatan Bangkok pada Ahad.

Menurut pegawai penyiasat Bangkaew, Daerah Bang Phli iaitu Samut Prakan Pol Maj Thanthit Danrasi, lelaki berusia 41 tahun dari Kuala Lumpur itu ditahan pada Sabtu lalu kerana didapati melanggar perintah berkurung. Pada masa yang sama, dia juga telah melakukan kerosakan harta benda serta menimbulkan kekacauan. 

Difahamkan, lelaki yang merupakan pekerja kilang manik plastik itu ditemui meninggal dunia di sel Balai Polis Bangkaew.

“Lelaki yang mabuk itu telah menimbulkan kekacauan sebelum ditahan polis. Dia yang berada dalam keadaan mabuk dibawa ke balai polis dan ditempatkan di dalam sel bersendirian.

“Walau bagaimanapun, pegawai polis yang membawa makanan kepadanya semalam mendapati lelaki itu telah meninggal dunia. Rakaman kamera litar tertutup tidak menemui apa-apa yang mencurigakan,” katanya seperti yang dilaporkan Bernama.

Lelaki itu dikatakan meninggalkan seorang isteri dan dua anak. Jasad mangsa telah dihantar ke Hospital Bang Phli untuk bedah siasat serta ujian COVID-19. Kes itu kini dalam siasatan pihak polis.

Sebelum ini, kami pernah kongsikan empat penjara paling ketat di dunia. Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca