Rakyat Malaysia Dipercayai Sertai Perhimpunan Tabligh Di Sulawesi

Acara Ijtima of Asia 2020 di Indonesia yang dilaporkan bakal dihadiri ribuan jemaah tabligh dipercayai turut dihadiri rakyat Malaysia.

Menurut Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, meskipun pihak kedutaan telah mengeluarkan larangan supaya rakyat Malaysia tidak menghadiri program itu, dipercayai berpuluh-puluh orang dilaporkan sudah berada di sana.

“Belum ada jumlah tepat rakyat Malaysia yang menghadiri acara itu, kami sedang berusaha mengesan mereka yang terbabit,” katanya seperti yang dilaporkan Bernama.

Beliau berkata berdasarkan notis konsular agar rakyat Malaysia yang berada di Indonesia mendaftar menerusi e-mel dengan kedutaan di [email protected] atau [email protected], dipercayai turut didaftar ialah beberapa individu yang menyertai acara berkenaan.

Difahamkan, sejumlah 83 rakyat Malaysia telah berada di Sulawesi bagi menyertai acara yang turut dihadiri jemaah tabligh dari 48 buah negara lain itu.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa Indonesia dilaporkan tidak mengeluarkan sebarang surat keizinan (permit) untuk acara itu yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 22 Mac ini. Mereka dikatakan sedang dalam proses berunding dengan pihak penganjur agar mereka bersurai.

Untuk rekod, pada 27 Februari sehingga 1 Mac lepas, dilaporkan lebih 10,000 orang menghadiri perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur dan ada antara pesertanya didapati positif COVID-19 sekali gus telah menyumbang kepada peningkatan kes itu di Malaysia.

Pada 14 Mac lalu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi satu notis konsular melarang rakyat Malaysia untuk menyertai sebarang perhimpunan atau acara berskala besar di Indonesia susulan pandemik COVID-19 termasuklah menghadiri acara perhimpunan itu.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca