Belum usai lagi berita tentang kepergian Sulli, kini salah seorang rakan baik kepada mendiang iaitu Goo Hara ditemui mati di rumahnya.
Berdasarkan kenyataan Balai Polis Gangnam, mayat bekas ahli penyanyi berkumpulan KARA ini ditemukan di kediamannya sekitar jam 6 petang tadi bertempat di Cheongdam, Gangnam.
Susulan daripada penemuan jasad Goo Hara, pihak berkuasa dikatakan sedang menjalankan siasatan untuk merungkai penyebab kematian gadis ini.
Lebih menyedihkan apabila terdapat sekeping foto mendiang yang dimuat naik sebelum hari kejadian beliau ditemukan tidak bernyawa di tempat tinggalnya.
Siapa sangka, kata-kata “Selamat malam” sebagai kapsyen bagi posting itu menandakan ucapan terakhir mendiang kepada seluruh pengikut dan peminatnya di media sosial.
Nama Goo Hara kini menjadi carian yang paling trending dalam kalangan pengguna media sosial di Twitter. Kebanyakan peminat yang terkejut tatkala menerima berita kematian beliau ini meluahkan rasa sedih dan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
beautiful friendship, rest in peace
Sulli and Goo Hara😭💛 pic.twitter.com/dVjRubrFDr— Lannn_ (@wlndri__) November 24, 2019
You will always remain in our hearts , Goo Hara ❤ #goohara pic.twitter.com/VPwk1SEjvB
— BeBeaM (@bTTRrnn) November 24, 2019
Goo Hara has already took the same path as Sulli now. In that place, no one can ever hurt these girls anymore.
Rest in peace angels. pic.twitter.com/HtIpg4YDVu— Vira (@viradiego) November 24, 2019
Pihak Lejen Press Digital mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Goo Hara.