Rakam Pocong Ketika ‘Live’ Di TikTok, Warganet Persoalkan Kesahihan Video Ini

Baru-baru ini, sebuah video siaran langsung yang dirakamkan oleh seorang pengguna TikTok bernama @badlisyah.bs kembali tular di media sosial. Dalam video itu, anda boleh lihat susuk misteri hantu pocong yang secara kebetulan terakam dalam live beliau.

Untuk pengetahuan anda, entiti berkenaan sempat dirakam pada bulan Januari lalu di rumah lelaki itu yang tinggal bersama rakan-rakannya.

Pada awalnya, @badlisyah.bs difahamkan hanya bersahaja merakamkan siaran langsung pada sekitar jam 12:36 pagi selepas habis berkongsi cerita hantu bersama rakan-rakan serumahnya.

Walau bagaimanapun, situasi yang benar-benar misteri berlaku kepada Badlisyah dan rakan-rakan serumahnya selepas itu.

Peti sejuk di rumah mereka terbuka dan tertutup dengan sendirinya. Selepas insiden pintu peti sejuk terbuka dan tertutup dengan sendirinya yang sempat dirakam dalam siaran langsung berkenaan, bahagian dapur di kediaman lelaki itu terus dihantui dengan situasi aneh dan misteri.

Tidak berhenti di situ, lelaki terbabit turut mendakwa sering terdengar suara misteri memberi salam, ketawa dan memanggil namanya padahal tiada seorang pun rakan-rakannya yang melakukan perkara itu.

Selain peti sejuk, televisyen di rumah mereka juga pernah terbuka dengan sendiri. Namun, apa yang lebih menyeramkan adalah lelaki itu turut terdengar bunyi ketukan pada pintu dan tingkap serta hentakan tapak kaki di tangga rumah mereka pada sekitar jam 2 pagi.

Sumber: The Vocket

Disebabkan tidak berpuas hati kerana sering diganggu oleh entiti misteri tersebut, Badlisyah dengan berani mengajak rakan-rakan serumahnya meninjau dapur dan merakam siaran langsung pada sekitar 1:21 sehingga 2 pagi untuk menunggu kemunculan hantu pocong yang ‘menumpang’ di rumah mereka.

Sekiranya anda menonton video itu, susuk tubuh hantu pocong benar-benar muncul dalam siaran langsung tersebut. Selepas video ini tular semula di media sosial, tinjauan kami di laman Twitter mendapati orang ramai mempersoalkan kesahihan rakaman berkenaan:

Ada yang mempersoalkan sebab kenapa lelaki itu tidak memanggil individu yang mahir ‘membersihkan’ kawasan rumah untuk hentikan gangguan entiti berkenaan sekiranya ia betul-betul pocong seperti yang didakwa.

Dakwa individu itu lagi, sekiranya tiada pocong yang menumpang di rumah pengguna Tiktok itu maka tiada konten untuk dipersembahkan kepada para penonton siaran langsung berkenaan. Adakah anda setuju?

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca