Raja Permaisuri Agong Masak, Beri Makanan Kepada Para Doktor Dan Jururawat Hospital

Seperti yang kita sedia maklum, baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri memiliki keperibadian yang sangat murni serta berjiwa rakyat.

Tidak dinafikan, YDPA Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sangat disenangi kerana mudah didekati serta sering prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan negara.

Sebagai contoh semalam, 20 Mac 2020, YDPA Agong telah memandu sendiri kenderaan untuk meninjau beberapa lokasi termasuk sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Hari ini, seakan memahami kepenatan dan kepayahan yang dilalui oleh para petugas barisan hadapan, Raja Permaisuri Tunku Hajah Azizah pula mengharukan negara apabila baginda menghadiahkan makanan kepada kakitangan Hospital Sungai Buloh.

Perkara itu telah dikongsikan sendiri puteri baginda, Tengku Puteri Afzan Aminah sebentar tadi di laman Twitter nya.

Menerusi ciapan tersebut, Tengku Afzan memaklumkan bahawa Raja Permaisuri Agong telah memasak sendiri makanan tersebut untuk diberikan kepada para doktor dan jururawat di Hospital Sungai Buloh.

Perkongsian yang dibuat Tengku Afzan itu telah membuatkan rakyat terharu dengan keprihatinan yang ditonjolkan oleh baginda.

Terima kasih Tuanku. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat memberikan semangat serta dorongan kepada doktor dan jururawat yang bertugas.

Artikel Lain Untuk Di Baca