Rainbow Of Love Sekolah Untuk Kanak-Kanak Rohingya

Rainbow of Love atau juga dipanggil sebagai Pelangi Kasih adalah sebuah sekolah pembelajaran yang ditubuhkan oleh Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia untuk pelarian Myanmar. Penekanan pendidikan yang diberi bukan hanya dari segi akademik tetapi juga dari segi kokurikulum dan juga menggabungkan nilai-nilai moral dalam kedua-dua aspek.

Walaupun perlu bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai namun mereka tetap terus berusaha menyediakan pendidikan dan sokongan moral kepada lebih 150 kanak-kanak pelarian Rohingya setiap hari.

Guru Besar Sekolah Pelangi Kasih, Rafiq Ismail memuji sukarelawan yang membantunya dan berkata mereka sangat berdedikasi sehingga turut menggunakan pusat itu untuk membantu golongan memerlukan di kawasan sekitar.

sekiranya para pembaca ingin menjadi sukarelawan atau ingin memberikan sumbangan boleh layari Facebook untuk maklumat lanjut.

Artikel Lain Untuk Di Baca