Raih Untung Hampir Setengah Juta Ringgit, Pemuda Ini Jual Gambar Swafoto Sendiri

Sultan Gustaf Al Ghozali

Seorang lelaki dari Indonesia berjaya mengaut keuntungan sehingga kira-kira RM 438 ribu hasil daripada jualan swafoto miliknya yang diambil setiap hari sejak lima tahun lalu.

Menurut Sultan Gustaf Al Ghozali yang merupakan seorang pelajar dari Fakulti Sains Komputer di Universiti Dian Nuswantoro (UDINUS) Semarang, dia menjual 932 gambar swafotonya melalui Non-Fungible Token (NFT) di platform Opensea.io.

Sebelum ini, niatnya mengambil gambar tersebut hanya sekadar sebagai koleksi sendiri untuk mencipta video timelapse bagi hari graduasinya nanti.

Tetapi selepas mengetahui mengenai teknologi blockchain, lelaki berusia 22 tahun itu memutuskan untuk memuat naik foto tersebut ke platform dagangan tersebut di bawah tajuk “Ghozali Everyday”.

“Awalnya saya fikir mungkin lucu kalau ada collector (pengumpul) yang memiliki (foto) saya.

“Harga awal yang saya tawarkan sekitar 3 dolar AS (RM12),” jelasnya.

Namun dia tidak menjangka gambar dirinya menarik minat ramai pihak. Ini juga termasuk beberapa selebriti yang turut membeli seperti chef selebriti Arnold Purnono dan chef selebriti Reza Arap.

Nilai jualannya menerusi NFT Opensea setakat ini dikatakan telah mencecah 12 bilion Rupiah iaitu sekitar RM3.5 juta. Sepuluh peratus daripada hasil itu adalah hak royalti Ghozali.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca