Raih Populariti Di Netflix, Drama Itaewon Class ini Wajib Ditonton

Itaewon Class merupakan drama Korea diadaptasi daripada Daum Webtoon yang mempunyai 16 episod secara keseluruhan. Ia mula bersiaran dari 31 Januari sehingga 21 Mac 2020.

Drama yang dibintangi oleh Park Seo Joon, Kim Dam Mi dan Kim Dong Hee itu telah mencipta rekod yang tinggi dengan 16.5 peratus penonton secara keseluruhan.

Ia membuatkan drama ini berada di tempat keenam selepas drama Mr. Sunshine.

Drama ini mengisahkan tentang seorang bekas banduan bernama Park Sae Ro Yi yang telah membuka sebuah bar, Danbam di kawasan yang terkenal di Seoul iaitu di Itaewon.

Tujuan utamanya adalah untuk membalas dendam terhadap syarikat Jagga yang diasas oleh Jang Dae Hee setelah menjadi punca ayahnya terkorban setelah dilanggar lari oleh anak Jang Dae Hee iaitu Jang Geun Won.

Park Seo Ro Yi kemudian telah membelasah Jang Geun Won sehingga membuatkan beliau dimasukkan ke dalam penjara. Sepanjang waktu di dalam penjara itu dia telah merancang untuk membalas dendam terhadap syarikat tersebut.

Jo Yi Seo seorang yang terkenal di media sosial bekerja di bar Danbam sebagai pengurus. Oleh kerana perasaan cinta, Jo Yi Seo mula membantu perniagaan itu menjadi semakin maju sehingga ia menarik perhatian syarikat Jangga. Pelbagai drama yang berlaku selepas itu sepanjang 16 episod ini berjalan.

Drama ini mendapat sambutan yang tinggi daripada peminat drama Korea yang lain kerana keunikan jalan cerita yang menonjolkan perjalanan seseorang yang pada mulanya tidak mempunyai apa-apa tapi akhirnya berjaya kerana motivasi yang tinggi.

Selain itu, drama ini juga menekankan kepentingan media sosial untuk membantu perniagaan menjadi berjaya melalui strategi promosi yang betul.

Semestinya drama ini sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur dan boleh didapati di Netflix sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan ini. Selamat menonton!

Untuk membaca artikel lain berkaitan drama Korea, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca