Raih Kutipan RM1.18 Juta Pada Hari Pertama Tayangan, BoBoiBoy Movie 2 Cipta Sejarah Filem Animasi Tempatan

Filem animasi bergenre aksi, BoBoiBoy Movie 2 (BBB2) berjaya raih kutipan RM1.18 juta pada hari pertama ia ditayangkan!

Perkara itu diumumkan menerusi akaun Instagram Astro Shaw pada petang Jumaat.

BoBoiBoy Movie 2 merupakan filem animasi terbitan Animonsta dengan kerjasama Astro Shaw. Filem ini menjadi kebanggaan dalam perfileman animasi tempatan apabila berjaya mencipta rekod baharu.

Di media sosial, rata-rata netizen berpendapat bahawa jalan cerita filem animasi itu sangat menarik selain suntingan animasi CGI filem yang sangat cantik dan kemas.

Filem itu telah mula ditayangkan pada 8 Ogos dan paling menarik filem ini turut menjadi animasi Malaysia pertama yang ditayangkan serentak di lima buah negara.

Antara negara yang terpilih termasuklah Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam.

Jadi, jangan ketinggalan menyaksikan filem ini bersama keluarga di pawagam berdekatan anda!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca