Rahsia Turunkan Kolesterol Dan Berat Badan Dengan Barli

Semua orang tahu barli mempunyai khasiat yang tertentu. Antaranya adalah untuk menyejukkan badan tetapi ramai orang tidak mengetahui barli juga mampu untuk menurunkan kolesterol dan berat badan seseorang. Jadi, penulis akan berkongsi dengan anda semua resepi minuman air barli untuk membantu masalah anda.

Bahan-bahan adalah:

– 3 sudu besar biji barli
– 2-3 sudu kecil madu
– 3 gelas air
– 1 hirisan lemon

Nota: Ini adalah sukatan untuk satu gelas air

Cara-cara:

1. Sebelum rebus barli tu, korang basuh dan rendam dulu 2-3 jam
2. Selepas itu, rebus dengan sukatan 3 gelas air
3. Rebus sehingga dapat 1 gelas air rebusan barli sehingga empuk
4. Kemudian sejukkan
5. Apabila sudah sejuk, tuang ke dalam gelas dan masukkan 2-3 sudu madu asli
6. Perahkan sedikit lemon atau masukkan hirisan lemon ke dalam gelas. Kacau hingga rata

Sudah siap dan sedia untuk diminum! Selain itu, air barli ini juga sesuai untuk dihidang bersama anak-anak bagi menyejukkan badan. Untuk hasil yang positif, anda semua boleh amalkan satu gelas setiap hari. Di samping itu, air barli ini juga mempunyai banyak lagi manfaat lain antaranya adalah untuk mengawal gula dalam darah, mencegah jangkitan dalam saluran air kencing dan dapat mencegah berlakunya batu karang. Selamat mencuba!

Untuk mengetahui info-info mengenai cerpen, tip-tip dan sebagainya, anda boleh terus ikuti di Telegram kami iaitu Lejen Press.

Sumber: Relikslah Dot My

Artikel Lain Untuk Di Baca