Rahsia Resipi Ayam Goreng KFC Original Yang Terkunci Di Dalam Bilik Kebal Sudah Terbongkar?

“Sedap sehingga menjilat jari.”

Apakah bahan yang membuatkan ayam goreng ini sedap sangat sehingga kira-kira 12 juta orang makan KFC setiap hari?

Sumber gambar: Facebook KFC Malaysia

Colonel Sanders dikatakan menggoreng ayamnya dalam periuk tekanan dengan ramuan 11 jenis herba dan rempah ratus. Sanders dikatakan membawa ke mana saja resipi itu bersama atau menyimpannya di dalam kereta.

Rahsia resipi ayam goreng

Kini, resipi asal tulisan tangan pengasas dinasti restoran makanan segera ini dikatakan tersimpan kemas di ibu pejabat KFC terletak di Louisville, Kentucky.

Sumber gambar: HQ Corporate office KFC

Namun begitu, resipi berkenaan bukan biasa-biasa kerana ia mengandungi ramuan rahsia dan dianggap sebagai resipi kejayaan syarikat itu. Oleh itu, ia dikawal ketat dalam satu bilik kebal bawah tanah berteknologi tinggi lengkap dengan sistem kamera pengawasan 24 jam.

Gambar Hiasan. Sumber: Pixabay

Kandungannya begitu dirahsiakan sehingga pihak pengurusan tertinggi syarikat pun tidak tahu apa bahan-bahannya. Presiden datang dan pergi bertukar ganti tetapi resipi masih terkunci di situ.

Hanya beberapa orang sahaja yang tahu dan mereka bersumpah atas nama rahsia dan pihak syarikat sesekali tidak akan mendedahkan nama orang kepercayaan itu.

Pengeluar dan pembekal bahan juga tidak tahu formula sebenar. Pihak KFC menggunakan dua pembekal berbeza untuk menyediakan 11 herba dan rempah tersebut. Rempah ratus itu berlayar di atas kapal dari lokasi yang berbeza di Amerika Syarikat sebelum digabung.

Syarikat itu turut menggunakan trak tentera dan beg bimbit bertanda “Top Secret” yang mengandungi resipi tulisan tangan Colonel.

Gambar Hasan. Sumber: Pixabay

Begitu gigih sekali mereka cuba melindungi resipi tersebut agar tidak sampai bocor kerana tidak mahu merosakkan kepercayaan ‘Colonel’ yang membangunkan rangkaian perniagaan itu dengan darah, peluh dan air mata. Selain unsur sentimental, ketirisan formula itu juga mungkin akan menggugat syarikat.

Ramai orang mengaku mempunyai salinan resipi Colonel dan cuba meniru stail ayam goreng itu. Tetapi kata pihak KFC, hasilnya “not even close.”

Anak saudara Colonel buat pendedahan

Suatu hari, seorang wartawan Chicago Tribune bernama Jay Jones diutuskan ke Corbin, Ky untuk menulis tentang pekan kecil itu di mana Colonel Sanders goreng ayam buat pertama kali.

Di sana, dia menemu bual Joe Ledington yang merupakan anak saudara Colonel Sanders.

Tanpa disangka-sangka, Ledington menyambut wartawan itu dengan sebuah buku skrap keluarga milik Claudia Ledington, isteri kedua Colonel Sanders, yang meninggal dunia pada tahun 1996. Buku skrap itu mengandungi wasiat dan tulisan tangan ramuan 11 rempah.

“Inilah keaslian 11 herba dan rempah yang sepatutnya dirahsiakan itu.” kata Ledington kepada wartawan tersebut sambil menambah cerita yang dia pernah ditugaskan untuk campurkan rempah ratus tersebut semasa masih kanak-kanak dulu.

Dalam temu bual kedua di dalam telefon, Ledington menyatakan rasa ralatnya kerana mendedahkan resipi yang tersenarai ‘rahsia korporat paling ketat di Amerika’ itu. Dia beritahu yang itu bukan tulisan pakciknya.

Katanya lagi, “Bahan utama (penyedap ayam goreng) itu adalah lada putih. Itulah bahan rahsianya. Tiada siapa tahu apa jenis lada putih dan bagaimana cara untuk menggunakannya.”

Bagaimanapun pihak KFC mengatakan resipi yang ditunjukkan Ledington itu tidak benar.

Begitulah cerita di sebalik ayam goreng KFC ini. Laparlah pula.

Artikel Lain Untuk Di Baca