Rahsia Kejelitaan Countess Ini Adalah Mandian Darah Segar Lebih 600 Orang Anak Dara

Selain Count Dracula, Erzsébet Báthory atau dikenali sebagai Elizabeth turut dahagakan darah. Dia merupakan wanita yang paling sadis dan kejam dalam sejarah sehingga digelar ‘Blood Countess’.

Elizabeth dilahirkan pada tahun 1560 di Transylvania dan berasal dari keluarga bangsawan yang kaya-raya. Sejak kecil, Elizabeth telah menunjukkan perangai yang membimbangkan seperti mengamuk secara tiba-tiba dan menggila. Hal ini kerana dia telah melihat begitu banyak penyeksaan yang dilakukan oleh ayahnya ke atas para petani yang tinggal berhampiran kediaman rumah mereka. Perangai tidak berperikemanusiaan dan kekejaman ayahnya tertumpah kepada dirinya pula.

Potret Elizabeth Bathory

Kemudian, dia berkahwin dengan Count Ferenc Nádasdy pada usia 15 tahun. Suaminya juga datang dari keluarga bangsawan dan berpengaruh di Hungary. Mereka suami isteri berpindah ke Istana Cachtice dan Nádasdy telah membina satu bilik rahsia khas untuk ‘hobi’ isterinya yang suka menyeksa orang itu.

Penduduk kampung pula sering digemparkan dengan kehilangan ramai anak gadis. Mereka percaya bahawa semua ini ada kaitan dengan Elizabeth dan Istana Cachtice itu. Tapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana keluarga Elizabeth amat berkuasa ketika itu.

Istana Čachtice

Di istana, wanita psiko itu melakukan pelbagai teknik bagi menyeksa mangsanya seperti memukul, menyalut mangsa dengan madu dan membiarkan diserang serangga dan menggunting bahagian badan mangsa. Malah dia juga dipercayai memakan daging mangsa dan berendam dalam darah kerana percaya itu yang akan membuatnya kelihatan awet muda dan berseri-seri.

Penduduk kampung yang tahu perihal kejahatan Elizabeth itu mula menyorok anak gadis masing-masing di rumah. Namun Elizabeth mempunyai ramai pembantu bagi mendapatkan bekalan dan salah seorangnya adalah Dorottya Szentes, ahli sihir yang turut membantu Elizabeth memburu anak-anak gadis di sekeliling istana.

Seorang Raja Hungary dan Croatia bernama King Matthias nekad untuk menghentikan kegilaan Elizabeth terutama selepas kes kehilangan seorang gadis bangsawan pada tahun 1609. Baginda mengarahkan Count Gyorgy Thurzo untuk melihat sendiri apa sebenarnya yang telah berlaku di istana itu. Mereka membuat serbuan pada waktu malam ke istana Elizabeth dan mereka menemui banyak mayat gadis melata di ruang istana tersebut.

Akhirnya Elizabeth dibicarakan untuk 80 kes pembunuhan namun ramai yang percaya mangsanya adalah lebih daripada 600 orang.  Dia dijatuhkan hukuman mati dengan cara dikurung dalam bilik rahsianya dengan hanya sedikit udara dan makanan selama tiga tahun sampai mati.

Artikel Lain Untuk Di Baca