Pasti anda pernah melihat gambar Albert Einstein menjelirkan lidah. Gambar ini sangat popular dan ramai menganggap terdapat pihak yang menyunting gambar beliau untuk dijadikan hiburan.

Sebenarnya, gambar ini ditangkap oleh seorang jurugambar iaitu Arthur Sasse pada 14 Mac 1951 di Princeton ketika Albert Einstein menyambut hari lahir yang ke-72.

Pada ketika itu, Albert Einstein duduk di kerusi belakang kereta bersama Dr. Frank Aydelotte dan isterinya. Mereka baru pulang dari majlis penganugerahan Albert Eintein. Walaupun beliau duduk di dalam kereta, wartawan dan jurugambar masih mengejar dan berusaha untuk menemu ramah Albert Einstein.

Einstein sangat marah. Namun, wartawan terus bertanya pelbagai soalan dan jurugambar terus mengambil gambar.

Albert Einstein terlalu penat kemudian menjelirkan lidah sebagai isyarat mengejek apabila wartawan meminta untuk menangkap gambarnya.

Hanya Arthur Sasse yang sempat menangkap gambar beliau menjelirkan lidah. Walau bagaimanapun, Albert Einstein sangat menyukai gambar tersebut.

Kemudian, beliau memotong gambarnya sahaja tanpa menunjukkan Aydelotte dan isterinya. Albert Einstein membuat salinan gambar tersebut dan mengirimkan kepada rakan-rakannya.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda