Tidak dapat dinafikan bahawa semua orang mahu kelihatan lebih muda daripada usia mereka.
Seorang pereka fesyen terkenal iaitu Vivienne Westwood ini memberi tips yang diamalkan olehnya iaitu anda hanya perlu mandi sekali dalam seminggu.
Walaupun ia bukanlah suatu perkara yang mudah untuk orang lain, tetapi ia merupakan rahsia bagi Vivienne untuk membuat dirinya kelihatan lebih muda berbanding usianya yang sebenar.
Pendedahan itu dilakukan oleh Vivienne pada Minggu Fesyen Paris apabila seorang wartawan di acara tersebut bertanyakan rahsia dan tips pereka fesyen itu walaupun usianya sudah menjangkau 78 tahun.

Tips yang diberi oleh Vivienne mudah sahaja iaitu, ”Jangan terlalu kerap mandi.”
Dalam pada itu, suaminya iaitu Andreas Kronthaler menggambarkan Vivienne sebagai seorang pereka fesyen terulung dunia.
Andreas berkata, “Dia cuma mandi sekali seminggu. Disebabkan itu, dia kelihatan cukup berseri-seri. Saya cuma mandi sekali sebulan.”
Selain daripada mandi sekali seminggu, tips yang diamalkan oleh Vivienne ialah beliau hanya makan sayur-sayuran sahaja.
Sekiranya pilihan berada di tangan anda, adakah anda akan pilih awet muda ataupun mandi sekali seminggu?
Baca lagi artikel mengenai tips penjagaan diri yang kami telah ulaskan.