Ragut Banyak Nyawa, Ini 5 Taman Tema Paling Seram Di Dunia

Taman tema merupakan kawasan yang direka khas untuk menjadi tarikan pelancong luar atau dalam negara. Destinasi percutian taman tema merupakan salah satu pilihan untuk bercuti dengan keluarga. Bagi ibu bapa, mesti tercari-cari taman tema yang menarik untuk membawa anak-anak pada musim cuti. Namun, tidak semua taman tema menyeronokkan.

Berikut kami kongsikan lima taman tema yang seram di dunia:

1. Takakanonuma Greenland, Jepun

Takakanonuma Greenland ini dibuka pada tahun 1973. Tidak lama kemudian, taman ini ditutup kerana mengalami kerosakan pada tempat permainan. Kemudian, taman ini dibuka semula pada tahun 1986 tetapi tidak dapat menarik minat pengunjung kerana reputasinya yang teruk akibat kerosakan yang dialami. Taman ini terbiar selama bertahun-tahun.

2. Gulliver’s Kingdom, Jepun

Taman ini bertemakan Gulliver iaitu seorang tokoh fiksyen daripada novel Inggeris, dibuka pada tahun 1998. Taman ini ditutup pada tahun 2002 kerana tidak mendapat sambutan yang tinggi. Taman ini kelihatan menyeramkan kerana terdapat patung Gulliver yang besar sedang terbaring.

3. Okpo Land, Korea Selatan

Taman ini mempunyai kisah sedih di sebalik penutupannya. Terdapat banyak kemalangan di taman ini dan salah satu kejadian meragut nyawa telah berlaku. Ia melibatkan seorang budak perempuan yang jatuh dari salah satu permainan. Taman ini ditutup pada tahun 1999. Selepas penutupan taman ini, pemiliknya hilang entah ke mana.

4. Wichita Joyland, Amerika Syarikat

Wichita Joyland dibuka pada tahun 1949. Taman ini mendapat sambutan yang tinggi tetapi pemiliknya mengalami masalah kewangan dan ditutup pada tahun 2003. Taman permainan itu terbiar hingga kini dan didiami oleh gelandangan.

5. Pripyat Amusement Park, Ukraine

Dibuka pada tahun 1986 tetapi ditutup tidak lama kemudian akibat letupan nuklear di Ukraine. Taman ini ditutup kerana bacaan radiasi nuklear tinggi di kawasan tersebut. Sehingga kini taman tersebut tidak dibersihkan kerana masih mempunyai radiasi nuklear.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca