Ragu Dengan Masa Depan Di Nou Camp, Messi Suara Hasrat Mahu Tinggalkan Barcelona

Penyerang sensasi Barcelona, Lionel Messi dilaporkan berhasrat untuk meninggalkan kelab itu. Ia dipercayai ada kaitan dengan prestasi buruk Barcelona pada musim ini.

Ayam tambatan Barcelona itu dilaporkan mahu menggunakan klausa dalam kontraknya yang membenarkan dia meninggalkan kelab berkenaan tanpa sebarang yuran perpindahan. Permohonan Messi ini boleh berkuat kuasa dengan serta-merta.

Dalam pada itu, pengurusan Barcelona memaklumkan bahawa klausa yang dipohon Messi sudah pun tamat tempoh. Ini bermakna, kontrak Messi masih berbaki sehingga tahun 2021.

Pasukan perundangan Messi bagaimanapun mahu mencabar keputusan itu atas alasan tempoh sah musim ini dilanjutkan dengan mengambil kira perkembangan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Sumber: beIN SPORTS

Sementara itu, Bernama melaporkan biarpun masih mempunyai klausa pelepasan bernilai 700 juta euro dalam kontraknya, Messi sudah menghantar surat menerusi faks ke kelab berkenaan bagi memaklumkan hasratnya.

Memetik laporan akhbar El Mundo Deportivo yang berpangkalan di Barcelona, kelab itu sudah menerima surat Messi tetapi klausa yang membolehkannya meninggalkan kelab itu secara percuma tamat pada 10 Jun.

Walau bagaimanapun, Messi percaya yang klausa itu tidak relevan kerana kempen Barcelona hanya berakhir pada 14 Ogos selepas tersingkir dari Liga Juara-Juara.

Stesen radio Onda Cero pula melaporkan pemain bintang itu tidak berhasrat untuk menjalani ujian PCR yang diatur kelab berkenaan menjelang latihan pramusim di bawah jurulatih baharu, Ronald Koeman.

Sumber: talkSPORT

Penyerang yang setakat ini sudah beraksi dalam 737 perlawanan dan menjaringkan 634 gol bersama kelab itu dikatakan ragu dengan masa depannya di Nou Camp.

Sumber: AP

Untuk rekod, Messi membuat penampilan pertama dengan kelab gergasi Sepanyol itu pada tahun 2004. Sepanjang bersama kelab itu, Messi telah menjulang empat trofi Liga Juara-Juara Eropah.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan Lionel Messi, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca