Rafique Makin Hensem, Siri Rancangan Diari Ramadan Rafique Kembali Lagi

Waktu anda kecil, pasti anda pernah menonton siri rancangan Diari Ramadan Rafique yang mengisahkan tentang seorang budak lelaki berkacukan yang tinggi di luar negara terpaksa pulang ke kampung selepas kematian ayahnya.

Pasti anda merindui untuk menonton gelagat Rafique dan sepupunya yang mencuit hati. Sudah 13 tahun berlalu, akhirnya anda boleh mengikuti sambungan siri ini kerana Diari Ramadan Rafique Reunion akan kembali lagi.

Sumber: ohbulan.com

Kali ini drama ini menceritakan tentang Rafique yang sudah dewasa menetap bersama neneknya di kampung. Beliau membuka bengkel membaiki kereta secara kecil-kecilan. Maisara pula sedang melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dan neneknya mula mengambil upah untuk menjaga 4 orang anak-anak jirannya.

Salah seorang jagaan neneknya, Sadique mempunyai perangai yang sama sepertinya iaitu nakal dalam diam dan sering menjadi mangsa keadaan. Kini Ramadan tiba lagi, Rafique cuba menjadikan “Diari Ramadan Rafique” sebagai sumber rujukan untuk menjaga budak-budak tersebut.

Apa yang Rafique tidak sedar bahawa zaman kian berubah dan kanak-kanak zaman sekarang tidak seperti dahulu. Mampukah beliau menjaga keempat-empat budak jagaan neneknya?

Drama ini akan ditayangkan pada bulan puasa ini bermula 12 Mei 2019, setiap hari Ahad pukul 9 malam di TV3. Jangan lupa untuk menontonnya!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca