Piala Dunia 2022 yang baru sahaja bermula telah tinggalkan kekecewaan apabila Qatar menjadi negara tuan rumah pertama dalam sejarah yang tewas di aksi pembukaan.
Qatar ditundukkan oleh Ecuador dengan keputusan 0-2 dalam kumpulan A yang berlangsung di Stadium Al Bayt, Qatar.

Dua gol datang daripada penyerang veteran yang bernama Enner Valencia sekali gus memberikan permulaan buruk kepada Qatar yang juga perlawanan pertama mereka di Piala Dunia 2022.
Kekalahan tersebut telah menyebabkan ribuan penyokong meninggalkan stadium lebih awal dan terdapat isu pada permulaan permainan sewaktu jaringan seawal minit ketiga hasil tandukan Valencia dijadikan kontroversi.

Walau bagaimanapun dengan video bantuan pengadil (VAR) tuan rumah berjaya diselamatkan apabila jaringan gol daripada sepakan sudut Estupinan dibatalkan kerana ofsaid.
This is how close the offside ruling was against Ecuador 👀 pic.twitter.com/ALzB6sDZiq
— FOX Soccer (@FOXSoccer) November 20, 2022
Menerusi VAR, pengadil mendapati kaki Michael Estrada berada pada kedudukan ofsaid ketika Pervis Estupinan sedang bertembung dengan penjaga gol Qatar, Saad Al Sheeb.
Namun Ecuador tidak menunggu begitu lama membuat serangan balas pada minit ke-16 Valencia memberikan hadiah sepakan penalti kepada pihak lawan.

Perlawanan Piala Dunia 2022 menyaksikan 32 pasukan bakal berentap bermula Ahad hingga 18 Disember ini.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: