Putera Harry Dan Meghan Markle Mahu Hidup Berdikari

Putera Harry dan Meghan Markle membuat keputusan yang mengejutkan keluarga diraja Britain semalam apabila mahu mengundur diri daripada menjalankan tugas rasmi diraja.

Menurut laporan media tempatan, pasangan berkenaan dilaporkan membuat keputusan itu tanpa berbincang dengan Ratu Elizabeth II dan Putera Charles terlebih dahulu.

Duke dan Duchess of Sussex itu turut berkata bahawa mereka sebaliknya akan meluangkan masa di Amerika Utara.

Dalam pada itu, berita mengejutkan itu susulan pengakuan pasangan tersebut sebelum ini yang berdepan tekanan liputan media berhubung perkahwinan mereka dan dakwaan hubungan dingin dengan Putera Charles.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Buckingham, “Kami (Putera Harry dan Meghan) ingin menarik diri daripada menjadi ahli keluarga ‘kanan’ kepada keluarga diraja dan mahu berdikari tetapi pada masa sama tetap menyokong Ratu Elizabeth.”

Pasangan itu turut menyebut dalam kenyataan sama bahawa mereka akan memulakan fasa baharu itu pada tahun ini.

“Kami akan membahagikan masa antara United Kingdom dan Amerika Utara,” katanya.

Walau bagaimanapun, Istana Buckingham dalam satu lagi kenyataan berkata bahawa perbincangan dengan pasangan berkenaan berhubung isu berkenaan masih berlangsung.

Jelasnya, “Kami memahami mereka mahu mengambil pendekatan baharu, tetapi isu ini kompleks dan memerlukan masa untuk diperhalusi.”

Harry, 35, dan Meghan, 38, berkahwin di Istana Windsor pada 2018 dan kini memiliki seorang anak lelaki bernama Archie Harrison Mountbatten-Windsor.

Sebelum penarikan diri Duke dan Duchess of Sussex itu daripada keluarga diraja Britain, Putera Charles menggunakan pendapatan peribadi baginda untuk membiayai kehidupan pasangan berkenaan.

Polis Britain pula menyumbang kepada aspek dan kos penjagaan keselamatan mereka.

Anda boleh baca kenyataan penuh di bawah:

Sekiranya anda ingin membaca lebih banyak artikel mengenai keluarga diraja Britain, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca