Putera Harry Dan Meghan Markle Agih Makanan Di Los Angeles

Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle mengagihkan makanan kepada golongan kelainan upaya di Los Angeles, Amerika Syarikat. Ia merupakan aktiviti kemasyarakatan pertama pasangan itu selepas mereka berpindah ke California pada bulan lalu.

Sejak mengundurkan diri secara rasmi sebagai anggota kanan keluarga diraja Britain, pasangan itu kini menjadi sukarelawan bersama Project Angel Food bermula Ahad lalu.

Pengurus Komunikasi Project Angel Food iaitu Anne-Marie Williams berkata, “Putera Harry dan Meghan agihkan makanan berkenaan kepada 20 pelanggan selama dua hari.

Mereka membantu kami mengagihkan makanan ke rumah pelanggan itu secara senyap-senyap. Tindakan itu mengurangkan bebanan pemandu kami yang sememangnya mempunyai beban tugas bertambah sejak perintah berkurung dilaksanakan bulan lalu.”

Sebagai rekod, Project Angel Food adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan makanan kesihatan kepada pesakit kronik di Los Angeles.

Sementara itu, Putera Harry mengikat tali perkahwinan bersama Meghan pada 19 Mei 2018 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Archie Harrison Mountbatten-Windsor pada 6 Mei 2019.

Walau bagaimanapun, Putera Harry dan Meghan bersama Archie berpindah ke California pada bulan lalu. Untuk rekod, pasangan itu mengumumkan pada Januari lalu yang mereka ingin berhenti daripada kehidupan diraja dan mahu hidup berdikari.

Akhir kata, patuhi arahan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Putera Harry dan Meghan Markle, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca