Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Terbakar Sewaktu Hari Terakhir MATTA Berlangsung

Satu-satunya bangunan yang sering dijadikan platform bagi menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dikhabarkan mengalami kebakaran pada waktu tengah hari tadi.

Kebakaran yang berlaku di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ini difahamkan sedang giat melangsungkan sebuah program Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair).

Pihak berkuasa iaitu Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menyatakan bahawa mereka telah menerima makluman berkenaan panggilan kecemasan pada jam 1.26 petang tadi.

Sejurus selepas menerima informasi tersebut, seramai 30 anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) dari Sentul, Titiwangsa dan Hang Tuah diarahkan untuk bergerak ke tempat kejadian.

Turut difahamkan bahawa kejadian kebakaran hanya melibatkan tempat simpanan barangan yang berada bahagian bawah ruangan tangga di tingkat 1.

Hasil kerja dan menyelamat yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa mendapati bahawa anggaran bagi keluasan kebakaran adalah 10 kali 10 kaki persegi dan peratusan sebanyak 10%.

Keberuntungan masih berpihak kepada seisi warga yang berada di tempat kejadian apabila laporan menyatakan bahawa tiada mangsa yang terlibat dalam bencana tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa menyatakan bahawa siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian berlaku.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca