Punyai Suara Unik, Video ‘Morgan Freeman Malaysia’ Berjaya Raih 100,000 Tontonan Dalam Masa 1 Hari

Baru-baru ini, satu video memaparkan wajah di sebalik suara latar Anugerah Juara Lagu yang ke-34 (AJL34) berjaya mencuri perhatian warganet apabila ia dimuat naik di laman sosial Instagram. Sebelum ini, ramai yang tidak tahu siapa sebenarnya individu di sebalik suara yang cukup unik itu.

Tuan empunya badan iaitu Khairul Anuar Azmi yang digelar ‘Morgan Freeman Malaysia’ menjadi bualan ramai apabila video memaparkannya membaca teks sama sepertimana yang dibaca sewaktu AJL34 tempoh hari meraih lebih 100,000 tontonan dalam masa satu hari.

Dalam video itu, rakamannya membaca teks menjemput Dato M. Nasir ke pentas untuk membuat persembahan diletakkan bersama dengan rakaman asal semasa AJL34. Apa yang membuatkan ramai terpukau adalah apabila suara dan intonasi Khairul sewaktu membaca teks tersebut di sebuah restoran kedengaran persis sewaktu di AJL34.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut mendapat lebih 10,000 tanda suka dan mencatat lebih 150,000 tontonan. Berikut kami kongsikan beberapa komen daripada warganet:

“Sedap suara dia!” tulis @frhana_hrun.

“Dia telan mikrofon ke?” tanya @aleeyangam_ secara berseloroh.

“Wow! Suara emas!” puji @dianz.online.

Untuk baca artikel lain berkenaan AJL34, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca